Monday, December 27, 2010

Update In Progress

Lama tidak update blog ni, sebab sedikit kesibukan dengan urusan-urusan lain dan peribadi. Ada juga masa untuk memenuhi tempahan dan undangan sebagai 'official photographer' sama ada untuk majlis akad nikah, persandingan atau outdoor.

Kerja-kerja meng-update blog ni mungkin mengambil sedikit masa sebab kerja-kerja naik taraf jugak turut akan dibuat agar lebih mersa pelanggan lagi.

Kepada semua peminat dan customer dan bakal customer, nantikan kemunculan wajah baru Fizi Photography dengan pakej-pakej yg mampu milik tahun 2011.

Monday, May 31, 2010

Mari Belajar Teknik Editing Hebat

Pada sesiapa yang amat berminat untuk menpelajari teknik-teknik editing yang banyak digunakan oleh jurugambar-jurugambar, Anda boleh dapatkannya di sini.

http://imranabduljabar.com?ap_id=hafizi

Sungguh berguna dan ini akan menaikkan kelebihan diri kita dari orang lain. Selamat Mencuba!!!!

Saturday, May 15, 2010

Photography Class

15 Mei 2010

Malam tadi merupakan kelas yang pertama yang FP attend sepanjang menceburkan diri dalam bidang fotografi ini. Credit to Cikgu Dean yang bagi FP cukup berpengalaman dalam bidang ini dengan penyampaian ilmu yang cukup mudah untuk difahami.

Nasihat FP pada yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini, sebaik-baiknya kita belajar dari seorang Guru walaupun secebis ilmu.

Pada Cikgu Dean (www.deanfotography.blogspot.com), Selamat Hari Guru.

21 Mei 2010

FP dengan sekian kalinya, inilah pertama kali mengikuti satu sesi shooting Cikgu Dean. Banyak tunjuk ajar dan etika seseorang jurugambar yg diajar. FP ke rumah pengantin di Jelawat, Bachok, Kelantan bersama 2 lagi rakan seperjuang (Lie dan Faiz). Kami hanya sebagai 'tag' pada Sifoo.

Tapi, gambar-gambar dari sesi ini, FP tidak boleh paparkan kerana ianya adalah hak milik terpelihara Sifoo. Kepada yang nak tgk, bolehlah ke blog site Sifu.